BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 29 January 2012

‎* jgn pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia,
* jgn buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia, 
* jgn memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti,
* jgn sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya, 
* jgn mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
*HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...
-Ustaz Azhar Idrus..

akhiryee jmpeee gakk bnde niee..prgtnn yee..

Tuesday, 17 January 2012

7 Tanda takut kepada Allah SWT

Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:
” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.

Saturday, 14 January 2012

kebesaran Allah..

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT

“(Begitulah) perbuatan Allah                                                                     yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”

MARAH

ASSLAM,

haha maybe sebab baru kot..haha tu yg ade sikit excited nak tulis ni....

alkisahnye camni semalam...ahaha kalo dulu waktu kat asrama...mmg kadang2 rase camni (alah..nape x bole solat kat dorm je...)haha tp bile da dok lua ni...bile da dok kat umah ni...perasaan dari malas tu bertuka jadi kenape...dan baru aku paham kenape..haha betul...rase lg tenteram kat surau tu...senang cite lg best r...nak menghafal pon senang...haha rasenye korang tau kan betape banyak nye surah2 yang perlu dihafal oleh pelajar2 STAM...haha rase x terdaya...

camni...lepas solat maghrib semalam...cam base jumaat,sabtu ngan ahad basenye ade program...pastu,...lepas solat semalam..ade ceramah...tajuknye pasal MARAH...haha apa yang saya dapt memanipulasikan dari ceramah tersebut.. :-

cara2 menghilang kan rasa marah

1-bace la ( اعوذ  بالله من الشيطان الرجيم ) ( Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk )    kalo korang nak tau...masa kita yengah marah...syaitan tengah mengelilingi kite...bisik macam2...tu la                        pasal....kadang2 bile org marah ni die akan membuat tindakan yg tanpa disedari erti kate lain kita dirasuk... itu lah sampe ade yg membunuh sebab marah..dan apabila ditanya jawab mereka saya tidak sedar....ini kerana..sewaktu manusia marah...amatlah mudah bagi syaitan untuk mengganggu manusia...

2-ambil wuduk
sewaktu kita marah secara automatik badan kite akan panas...seluruh anggota kita seolah olah mengembung oleh wap kepanasan tersebut...oleh itu salah satu methodnya ialah mengambil wuduk...

3-beristirgfar
seperti yg telah kita sedia maklum...sewaktu kita berperasaan marah...syaitan sedang mengelilingi kita sambil menghasut kita...justeru...bagi mengelakkan dari diganggu oleh syaitan haruslah kita beristirgfar dengan berzikrullah...insyaallah...syaitan akan berhenti dari mengganggu kita..

selain itu,jika ketika kita marah itu kita sedang berdiri maka haruslah kita duduk...
jika ketika marah itu kita sedang duduk maka hendaklah kita baring..
haha penceramah tu cakap kalo boleh tidur terus lagi baik.. :))

sesungguhnya kemarahan itu dinilai dari sifat takabburnya seseorng itu
{ ego/sombong }

sesungguhnya didalam diri manusia itu terdapat seekor singa yang sedang ditambat... terdapat juga 2 penjinak padanya...pada masa yang sama, terdapat juga ribuan monyet yang sentiasa berusaha untuk melepaskan tambatan singa tersebut..

1)singa itu diibaratkan seperti kemarahan
2)2 penjinak diibaratkan sebagai ilmu dan amal
3)ribuan monyet diibaratkan sebagai syaitan..

RENUNG RENUNGKANLAH

semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.. :))

Friday, 13 January 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,


{Selamat datang dan salam kepada anda }

  اهلا وسهلا ومرحبا بكم

(.^_^.)
DENGAN JAYANYA AKHIRNYA SETELAH BERTUNGKUSLUMUS BERSAMA DENGAN SEORANG RAKAN SAYA {ILHAM}AKHIRNYA BLOG INI BERJAYA DIBINA DAN TERSERGAM INDAH....


AWWALULLKALAM,SEMUANYA BERMULA  DARI NIAT.NIATLAH YANG MENENTUKAN SESUATU ITU SAMAADA SESUATU PEKERJAAN ITU MENJADI ADAT ATAUPUN IBADAT...SEPERTI RAKAN RAKAN YANG LAIN..NIAT SAYA MEMBINA BLOG INI ADALAH UNTUK BERKONGSI ILMU BERSAMA RAKAN2...SEMOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MENINGKATKAN IMAN SAYA DEMI MENGHARUNGI  KEHIDUPAN YANG BERLIKU INI.. :))


SEMOGA DENGAN WUJUDNYA BLOG INIDAPAT MEMBERIKAN BERIBU MANFAAT KEPADA KITA SEMUA..AMIN.. (.^_^.)

bagaimana kaum hawa tergoda..